Friday, June 29, 2012

I'm Totally Forget About You

   hai korang... lama nya tak potpet kat sini ni kan, alahai. macam lah korang rindu kat Maisara Rahim ni. haha. maklum lah orang busy memanjang je kalah Perdana Menteri gitu. amboi amboi. *hah tengok Azwan Ali pun dah pandai meyampuk* aku selalu jugak bukak blog ni tapi bila bukak je teringat Aaron Aziz terus hilang idea nak tulis. puihh punya Aaron Aziz. haha. sorry ye bang. okay okay, back to the story, yes yes yes aku suka aku suka dalam masa yang sama aku bersyukur sangat sebab sekarang ni aku dah boleh hidup tanpa bayang-bayang dia, lelaki yang aku gelarkan dia sebagai "mr.R" tu. memang lah aku tak kan lupa kat dia tapi isi hati aku dah kosong untuk dia ala macam lagu Najwa Latif tu *kosong kosong*. haha, yelah mana tak nya, aku ni macam lah orang gila tunggu dia. memang lah kadang-kadang tu ada je orang kata kalau dah sayang tu sanggup tunggu berapa lama sekali pun kan. tapi kalau sayang tu tak dibalas dengan sempurna, tak ke sia-sia, buang masa, kann ? prinsip hidup aku "jangan bagi aku bosan dengan kau" haih. ape pun tak boleh bak kata *Jambu* kan. tapi nak taknak bersabar jelah yang boleh buat diri kita kuat untuk teruskan kehidupan kita tanpa toleh belakang. aku mengaku lah kat sini kan aku selalu mengharap kan yang lebih dari dia. tapi harapan hanya tinggal harapan, ape kan daya *kesat air mata*
   
   alaa buat apa lah nak bazirkan air mata untuk dia. bukan dia hargai apa aku dah bat untuk dia. dia tak nampak pun. so biarkan sahaja lah okay. tipu lah kalau aku cakap aku tak stalk everything pasal dia. asal on fb mesti akan bukak juga profile dia tengok apa perkembangan dia, *alaa kalau korang ade kt tempat aku pun mesti korang akan buat benda yang sama macam aku buat ni, kann ?alaa jangan nak tutup muka sangat, aku tahu tu* haha, tapi kat fb tak ketara sangat kan, apa yang membuat kan aku sentap dengan dia, bila aku stalk dia kat twitter, hhmm, dia still chat dengan EX dia, aku tak marah pun kalau dia nak berkawan tapi jangan lah bagi harapan kat aku kan, tahu tak "Mengharap tu Adalah Satu Penyiksaan" eeeeee, sakitnya hati ni bila tengok dia bersayang sayang dengan girl lain. rasa seperti hati ini "dirobek-robek dengan sebilah parang gergasi tahu" tapi aku kuat lagi. aku penat dah nak cakap kat dia. kalau tweet dengan dia pun bukan dia layan sangat aku. mulut ni selalu kata tidak tapi hati tak mampu tipu diri sendiri kan. salah satu sebab yang aku rasa diri aku ni tak penting pada dia kan. bila masa tu aku chat dgn dia kat fb then aku bagi satu lagu favourite aku kat dia. tapi dia langsung tak ada respon dari dia." ekkk tak ada owkkk pun tak ada". hah macam mana nak buat tu ? so dari situ lah aku rasa dah malas sangat nak ambil tahu pasal dia. sampai sekarang aku rasa Allah dah selamatkan aku. aku sangat bersyukur. tak ada dia pun aku boleh hidup lagi. tak mati pun lahh. banyak lagi kumbang kat dunia ni. bukan dia seorang je.

"bunga bukan sekuntum, kumbang ukan seekor"

   okay lah. malas nak panjang-panjangkan cerita pasal dia. bukannya dia boleh buat aku bahagia pun. seksa adalah. yang penting sekarang Allah itu dah temukan dengan seorang hamba NYA ni yang aku gelar dia sebagai "Double A" sebab dia lahh aku rasa bahagia. *gelek sikit* haha. nanti aku cerita pasal "Double A" okay.
   
jumpa lagi
*lambai tangan*

(: everydayismystory :)