Sunday, September 9, 2012

hujan lebat membasahi bumi seperti air mata membasahi pipi

pada tanggal 4 september 2012.. adalah hari aku menghabiskan airmata. airmata yang melimpah-limpah membasahi pipi tanpa aku sedari ianya turun secara tiba-tiba walaupun aku sedang ketawa riang ia tetap megalir juga. aku sudah berusaha kuat untuk menahannya tapi aku masih lagi tidak kuat. ya allah kenapa harus jadi begini ? disebabkan aku terlalu sedih aku menangis sampai aku tertidur. aku seperti tidak percaya inikah aku ? mana aku yang sebelum ini ? maisara seorang yang hati kental seorang yang tabah seorang yang kuat. mana ? mana ? aku tidak lagi megenali diriku seperti sebelum ini. ini semua hanya sebab dia. ya allah. kalau lah boleh diulang kan semula masa ni. aku taknak mengenali dirinya. tapi itu semua "kalau" semata-mata. hari itu jugalah hari yang sangat menguji diri aku sebagai seorang manusia dan juga sebagai seorang perempuan. ya memang aku mengatakan aku kuat untuk menghadapi dugaan ini. tp itu semua hanya kata-kata yang keluar dari bibir ku saja. sedangkan dalam hati hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana rasa peritnya. bila difikirkan balik semua benda yang berlaku dalam hidup ni semuanya dah tertulis. tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya melainkan Allah s.w.t. Allah sahaja yang berkuasa menentukan hidup kita. tetapi sebagai manusia kita harus lah ada sikap ikhtiar untuk mendapatkan sesuatu. sekiranya diizinkan Allah s.w.t insyaallah apa yang diinginkan akan tercapai. tetapi kalau sebaliknya sentiasalah berdoa memohon kepadaNya. Allah s.w.t maha mendengar. maha mengetahui. kita hambaNya yang lemah. Insyaallah selagi kita tidak berputus asa untuk berdoa suatu hari nanti Allah s.w.t akan makbul kan doa kita. bila ? kita semua tak tahu. Insyaallah suatu hari nanti. sentiasalah beristighfar memohon keampunan daripadaNya.

*selama mana pun kita bersama kalau aku bukan jodoh kamu aku tetap bukan milikmu. tetapi sejauh mana pun kamu lari kalau kamu lah jodoh aku. kamu tetap milikku untuk selamanya*

Anggaplah apa yang berlaku ini adalah balasan kecil dariNya kerana dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan juga kebahagiaan dirinya. Aminnn..

Bila perempuan mengalirkan airmta, tidak bermakna dia lemah. Itu maksudnya dia mencuba mencari kekuatan untuk terus tabah.

Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

(: everydayismystory :)