Wednesday, September 5, 2012

inilah yang dikatakan takdir


bagaimana cara membuatmu bahagia, hampir aku menyerah menjalani semuanya, setiap kata yang aku ungkapkan ia datang dari hati yang tulus tanpa ku sedari aku telah jatuh hati padamu pada waktu ketika itu, agar kamu percaya sayang ku berharga pada dirimu, tidak kuatku untuk menahanmu mempertahankan cintaku, namun kamu begitu sahaja, sungguh aku tak rela dan sampai bila pun aku akan tidak membenci dirimu, apa yang kamu mengerti aku hanya bersedih seorang diri, tanpa dirimu disisiku aku merasa sepi, ku sanggup menantimu diam sendiri aku sanggup menunggumu, setengah mati aku menyayangimu aku sakit keranamu jua, sesungguhnya aku sendiri tidak mampu untuk melupakanmu, tetapi aku akan cuba dan terus mencuba untuk melupakan segala kisah terindah selama kita bersama. wahai insan yang aku kasihi maafkan aku. aku tidak sempurna untukmu. Dia lebih layak dari diriku untuk memilikimu.

walau berat hatiku mahu melepaskanmu tetapi aku harus cekal kerana ini lah yang dinamakan Qada' dan Qadar.. anggaplah ini semua sebagai dugaan jalan kehidupan kita.

aku hanya mampu jadi milikmu pastikan kamu bahagia.
tetapi hati ini bukan milikmu lagi.
seribu tahun pun akan ku nantikan kamu.
jangan kau soal kan siapa kamu dihatiku.
aku sentiasa bersamamu walaupun kau tidak lagi disisiku.
sayangku tak hilang untukmu.

cukup sampai disini sahaja, daripada ku terseksa, lebih baik ku pergi saja demi kebahagiamu bersama Dia. mungkin aku terlalu menyayangi semua yang ada padamu, kerana kamu telah membuatku sangat beerti sehinggakan aku tidak sanggup berjauhan denganmu, dalam setiap langkahku ku inginkan kamu sentiasa disisiku hingga akhir usiaku kamu tetap menjadi yang terbaik untuk diriku, tetapi mengapa kamu pergi disaat aku mula menyayangimu sepenuh hatiku, aku mengharapkan kamu akan menjadi kekasih hatiku malah kamu pergi jauh dari diriku. aku ingin kan dirimu datang dan temani aku. dan aku ingin menyatakan aku sangat sayang padamu. tahukah kamu betapa sakitnya kamu membagi cinta ini kerana dia. tidak pernah aku cuba sekalipun untuk melupakanmu.

kasih.. dimana hatimu ?
mengapa engkau sanggup lukai hati kecil ini.
aku tak sanggup lagi hendak menipu diriku lagi, aku sendiri tak mampu dan tak kuat untuk menghadapi semua ini.
tak pernah terlintas di fikiranku kau sanggup buat aku seperti ini.
aku sanggup berubah demi dirimu tetapi apa kan daya kamu tidak nampak semua itu.
terima kasih saja yang mampu aku ucapkan padamu.

aku redha. aku pasrah.

wahai kasih..

ingatlah pesanan ku padamu. aku amanahkan kamu menjaga permaisuri baru mu sebaik-sebaiknya seperti mana kamu telah menjagaku selama ini.

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dia kerana telah memberi aku peluang untuk menyayangi kamu walaupun hanya sementara waktu.

maafkan aku sekiranya selama perkenalan kita ada yang tidak menyenangkan kamu, salah silapku pada dirimu, segala ketidaksengajaanku, dan segala-galanya.

tiada lagi gelak tawa kamu, gurauan kamu.
aku akan merindui semuanya tentang kamu.
aku tidak lagi berada disisimu. kini aku sendiri.
jagalah dirimu wahai kekasih.

aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidupmu bersama Dia.
semoga diberkati oleh Allah s.w.t

airmataku adalah untuk kebahagian kamu.

tidak ada kejadian sia-sia,
tidak ada kebetulan,
semuanya terjadi dengan izinNya dan pasti Penuh dengan HIKMAHnya..


untukmuu AA




(: everydayismystory :)